dumex babies
Login
   

Bayi Pramatang...Kelahiran Seribu Rahmat!

Post: 7
Photo
Pengalaman pertama yang cukup mendebarkan. 15 Ogos 2003-bersendirian di HQE,KK,Sabah...jam 7.28 pagi Jumaat yang mulia,anak yang sepatutnya lahir 4 Oktober telah selamat dilahirkan dengan berat 1.5kg.Pengalaman yang tidak dapat dilupakan hingga ke hari in.Kini,anakku berusia 8 tahun.Selama sebulan di hospital memberi seribu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

Posted on 09/09/2011 23:58:12

Post: 95
Photo
Hi YUSANA, Takziah dari kami. kami sangat berharap puan tabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Jaga diri.

Posted on 07/10/2011 09:50:26

Post: 1
Photo
Sy bersalin sebulan lbh awl dr tarikh jangkaan...bby sy selamat dilahirkn setelah sy ditahan wad selama 9 hari...bby sy selamat lahir dgn berat 2.6kg....syukur..rupa2nya ada hikmah....suami sy @ ayah kepada bby sy meninggal dunia 2 bln slpas sy lahirkan bby sy.....rupa2nya bby sy ingin jumpa ayahnya lebih lama...='(

Posted on 06/10/2011 17:20:08

Post: 1
Photo
Pengalaman pertama babyku meninggal didalam kandungan ketika berusia 36minggu 23.07.2009 tanpaku tahu punca,selepas menjalani pembedahan aku dimasukkan ke wad,ketika itu nurse datang membawa arwah anakku untuk tatapan terakhir bila ku melihat babyku seperti sedang tidur nyenyak tanpa pucat lesu dan biru.
Pengalaman kedua aku melahirkan babyku juga tanpa cukup bulan ketika itu usia kandunganku baru masuk 31 minggu 01.11.2010 lebih kurang jam 10.30 pagi aku selamat melahirkan babyku,alhamdullilah aku melahirkan AZIZUL ASYRAF dgn berat 2.95kg tetapi anakku ditahan diwad kerana paru-parunya telah dijangkiti kuman,dan aku bersyukur sekarang AZIZUL ASYRAF sudah 11bulan dia dia sihat seperti kanak-kanak yang dilahirkan cukup bulan.

Posted on 06/10/2011 16:08:16

Post: 1
Photo
Pengalaman pertama yg cukup mematangkan aku sbg seorang ibu.Setelah 2 bulan berada diHSA JB, pd pg jumaat 22.06.2007 jam 5ptg aku selamat melahirkan azhari dgn brt 1.5kg. 17 hari dlm inkubator, 37 hari berada di wad. Semua itu pasti tidak dapat kulupakan. Azhari telah pun berumur 4 tahun dan semakin sihat.

Posted on 16/09/2011 17:58:28

Post your comment...

You will need to register or Log in to join in